Saturday 24 November 2012

Hati dan Jiwa yang Kosong

assalamualaikum dan salam sejahtera..
Aku masih lagi terpinga-pinga mencari sesuatu.
Sesuatu yang mungkin aku tidak akan dapat.
Setiap orang mempunyai kehendaknya 
tapi tidak semestinya setiap kehendak akan kita dapat.
Kekosongan jiwa pada diri adalah lebih teruk daripada kekosongan di akal.
Jiwa aku perlu tenang.
Even ada seseorang yang menyayangi diri ini.
Aku tahu tapi maaf seribu kali maaf aku tidak dapat menerima 
setelah ianya berlalu pergi.
Rasa kasih dan sayang dapat pergi begitu sahaja apabila diri ini terasa terok.
Lebih baik pergi daripada menghadapi sesuatu yang menyakitkan.
Aku dah tak sanggup melukakan hati sesiapa lagi.
Cukuplah.
Dengan sikap aku yang tersendiri ini terdapat banyak buruknya.
Orang lihat baik tapi malangnya, aku sendiri nampak buruk dan jahat pada diri ini.
Hati dan jiwa akan mula rasa resah apabila melakukan sesuatu yang buruk.
aku cuba untuk pergi jauh dari sikap yang buruk.
aku menyendiri ada sebabnya.
Maafkan Aku.

1 comment:

  1. setiap orang ada baik dan buruk nya.. tapi itu x bermakna xleh nak berubah :)

    ReplyDelete